Hari Sabtu dan Ahad yang lalu, aku dan rakan-rakan berkunjung ke negeri Johor untuk menyaksikan Pertandingan Badminton Yonet-Sunrise Malaysia Open GP Gold 2009 di Stadium MBJB, Johor Bahru. Hari Jumaat lalu, kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 3 petang dan sampai di Johor Bahru lebih kurang pada jam 7 petang. Walaupun kami ke negeri Johor untuk menyaksikan perlawanan badminton, namun kami masih lagi berkesempatan dibawa jalan-jalan cari makan di negeri ini oleh rakan kelab iaitu Kepten Shafari. Kepten Shafari merupakan bekas pengurus di salah sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru ini. :-D